Aku punya impian

Setinggi gunung seluas lautan

Demi sayangkan Tuhan

Tidak mahu Dia Murka

Tika aku pulang kepadaNya

Jika aku terus berdiam

Bersendirian

Kelak esok aku diTanya

“Aku Jadikan engkau perempuan

Mengapa sekembali kau padaKu belum sempurna!”

  Apa rahsia wanita sejati

Adakah letaknya pada pekerti yang tinggi

Sesama insan dia berbudi

Atau kata bicara

Yang tersusun rapi

Atau

Pada kejelitaan semulajadi

Atau

Bersama taulan dia disenangi

Ayahbonda tidak diderhakai

Memegang mengota segala janji

Lebih dari itu!

Jika difikir sedalam-dalamnya

Yang Esa menCipta lelaki juga perempuan

Kita tak sama kita sempadan

Hubungan sejenis wajib dijauhkan

Wajib dilawan godaan syaithan

Tiba waktu teruna melamar si dara

Hidup rukun berumahtangga

Jangan dilupa pesanan baginda

Membiaklah engkau

Meramaikan umatnya 

Namun pabila zuriat diKurnia

Asuhlah didiklah dia

Menjadi insan yang berguna

Beriman kepada Sang Pencipta 

Tapi dimana rahsia wanita sempurna

Telitikan bualanku dengan bijaksana 

Setiap manusia itu serupa

Taqwa membezakan tinggi rendah derajatnya

Namun tersirat satu rahsia

Yang membezakan wanita dengan pria 

Hanya kaum Hawalah yang diberi

Anugerah tertinggi 

Jadi wanita harus berani

Bukan untuk menentang kaum lelaki

Berani berhadapan qudrat Ilahi

Berhadapan sakit yang tidak terperi

Saat melahirkan putera dan puteri

Bila kau sampai ditahap ini

Kelak kaukan jadi wanita sejati

 

Saat

Syurga letaknya di bawah telapak kaki

 

 

Cherry'sNiche